Sunday, May 01, 2005

Lailatul Qadr = Happy Valentine Day?(2)

[Lailatul Qadr Khairun min Alfisyah] - al-Qadr, ayat 3
[Laila sayang abang!] - Dari Damascus ke Gang Madu Sari

Hidup dengan penuh kecurigaan memang perit. Betul lah kata mendiang Soe Hok Gie, orang yang merdeka adalah orang yang paling sunyi, sepi dan menderita. Marquez pun begitu. Lalu memetik kata-kata Chairil, "...bukan nasib memberi nasib, tapi nasib adalah kesunyian masing-masing."

Paling kurang orang mencurigai aku kerana berubahnya sikap aku sebelum aku ke sini. "Mana kau tahu sikap aku di Malaysia, sedangkan kau sendiri pun, aku tak pernah nampak depan mata!." Fullstop!

***

[...sewaktu berjalan-jalan, memimpin tangan kekasih dengan sejambak bunga mawar, kehangatan 'dosa' dapat dirasai melalui peluh yang keluar dari celah-celah jari jemari, lalu kekasih berkata,"Laila sayang abang."]

Lafaz yang diucapkan, pada malam Lailatul Qadr, kekasih hanya mengharap satu pengharapan, meminjam kata temanku, "aku ingin kamu, tidak wajah yang lain" atau meminjam kata-kata Rangga, "...kerna aku ingin kamu, itu sahaja."

Malam itu, malam penuh pengharapan. Dan ...malam itu, Hari Kekasih buat Kekasih! [TAMAT]

0 Comments:

Post a Comment

<< Home