hari terakhir di Malaysia
Hari ini, adalah terakhir aku di Malaysia. Aku meneruskan cita-cita aku melanjutkan pelajaran ke Morocco. Morocco adalah lambang keresahan aku. Hampir sembilan (9) tahun, usaha aku termakbul jua. Alhamdulillah! Aku tukar dua kali tempat kerja, puluhan ringgit keluar 'mengalir', hingga aku demam-demam untuk merealisasikan cita-cita aku ini. Tak lama aku di Morocco. Tiga tahun. Sambung Master (MA) dalam bidang pengajian hadis dan sosiologi.
Kawan aku, seekor 'syaitan' dari Pauh kata, "duduk lama-lama sikit kat sana, nanti aku pi kat hang". Kata-kata itu disambut dengan riuh rendah ketawa! Huh, macam tu lah kami bergurau! Kadang-kadang, kami bergurau, sampai masuk ke alam tuhan, malaikat, syurga, neraka, nabi-nabi, wali-wali. Sampai kawan-kawan pun pening dengan telatah kami.'Syaitan' itu, paling rapat dengan aku. Dari sekolah menengah lagi kami berkawan. Terima Kasih 'Syaitan Pauh'.
Aku sengaja pilih jalan ini kerana aku nak lari dari kebiasaan orang. Orang kata, kenapa tak pergi ke Mesir atau Jordan. Ya, itulah jawapan aku, lari dari kebiasaan. Jalan untuk menuju Morocco ini terlalu perit. Tak sanggup aku nak ceritakan! Terlalu panjang. Aku ada menulis sedikit catatan cerita keperitan ini dalam diari harianku.
3 Comments:
Aku harap dalam web ini mesti penuh dengan ketegangan--rakaman sungguh-sungguh batin dan zahiriah Moroko. Aku harap kau membaca budaya, membanding-banding dan akhirnya, memetik Rendra, "mempertimbangkan tradisi." Okey setan, lagi tiga tahun, hanya satu kata: Mubahalah! Jangan lupa.
Oooooik! Sudah selamat? Jangan lupa e-mel kepada aku, faomar@yahoo.com atau fathiaris@yahoo.com
ni emel aku. anjanunimalaya@yahoo.com. past kat aku apa-apa mengenai Maghribi
Post a Comment
<< Home