Kenitra,memang cool!
Dua hari lepas, aku di Kenitra. Aku naik train! Macam naik komuterlah, tapi satu stesen ke satu stesen memang jauh, tambang pun mak oooi! boleh tahan DH 13.50 (RM 7.50). Kat sini memang mahal. Kena pandai berjimat.
Di sana, ya, memang cool! tidak di sini, tegang, macet dan kotor. Kat sana (Kenitra) tak ada rumah setinggan. Kat Rabat ni, sepanjang jalan ke bandar, penuh dengan rumah setinggan (lebih teruk daripada Kg Abdullah Hukum). Atap zink(ayan) tak dipaku dengan kemas. Taufan Katrina datang, memang hancur. Mereka cuma letakkan batu besar menindih daripada zink itu ditiup angin.
Apa yang menarik pada setinggan ni, setiap rumah mesti dipasang dengan parabola (ketawa). Kalau di Malaysia, memang kena 'banned'. Dah la besar, lebih 700 channel boleh tengok tanpa henti, tanpa batas dan tanpa censor! Wow, menarik dan "menegangkan"!
Udara sejuk, aku hidup betul-betul dengan bayu dari laut Atlantik. Dingin sampai ke tulang. Mandi hanya sekali sehari. Itu belum masuk musim sejuk, sehari sekali pun payah.
Di Kenitra, aku ke Qubazat (macam Jalan Petaling Street). Kat sini kena hati-hati, pencopet banyak. Bising, tegang, risau, takut dengan keadaan sekeliling! Semua orang tengok aku. Yelah, alien! hehehe. Barang dekat sini semua mahal, selimut paling tebal DH 360. Boleh kurangkan, tapĂ® kena pandai tawar, aku belum dapat skil tu lagi (ketawa!).
Wayang dekat sini hampeh! Troy masih ditayangkan. Sedangkan Malaysia dah lepas. Filem-filem baru lambat masuk. Nak beli DVD kena beli dekat 'Suk Qadim' (Pasar Malam di Kota Lama). Tentunya pirate!. Aku kecewa. Cukup kecewa. Dan aku juga dapat 'detact' panggung teater di Rabat. Bulan depan ada dua show.
Pelajar dekat sini baik, cuma aku tak tahu dari segi penguasaan dan kedalaman ilmu mereka. Kalau dilihat dari susunan buku, memang hebat. Ada buku yang tak pernah aku pegang. Tambah lagi pelajar-pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (first class!). Sebab buku tu memang tak ada dekat Malaysia. Dengan kata lain, aku meragui profesor-profesor (kangkung!) dekat Malaysia. Hahaha!
Aku mengambil langkah tunggu dan lihat (lagi). Banyak perkara yang harus difikirkan. Atau aku harus menelaah kembali buku Patah Balek, untuk mengurangkan rasa keresahan dan ketakutan aku!
3 Comments:
at last! found u rahim !
Haha. Dah ada orang jumpa hang. Aku wat blog baru (sasterarockenroll.blogspot.com). Ada link blog hang kat situ. Itu kot Orang Beseri ni jumpa hang. Tapi dalam blog ni tak boleh cerita pasal 'cerita seluar dalam' Moroko hang. Haha. Nanti aku invite hang. Kita nak bincang pasal seni dengan serius. Moroko jadi contoh tak apa.
Aku suka cerita Kenitra hang. Tapi tulis la banyak sikit. Aku ghairah ni nak tau. Jeles la tak boleh pi.
Ceritala pasal orang Kenitra. Dan, tengok teater jangan lupa review dong! Aku nak masukkan dalam sast[e]ra rOck en roll.
Wei, Faisal ajak aku wat teater fasal Pattani tahun depan. Apa pandangan hang. Teater Islam.
Hai, rahim.
Hang dah jadi hisammudin rais. Tak apa, tunggu aku kat Maroko, tahun depan aku ke sana. Nih tengah simpan duit.
Post a Comment
<< Home