Friday, August 18, 2006

Siput Babi dan pokok cabai

Tiba-tiba saja semalam sampai pagi tadi (sampai la ni), aku dok teringat pokok cabai mak. Ditanam dekat pasu depan rumah. Tapi ada satu jenis natang (haram jadah tak dak dah!), namanya siput babi, selalu makan pokok cabai mak aku. Pantang; nampak saja pokok muda dan dara, mulalah gatai nak ghabat pasu, pi makan. Bukan kata sekoq, tapi banyak ekoq. Daje betoi! Lambat lepa, esok pi tengok, habis mampuih semua pokok! Celaka boleh!

Tapi mak aku pesan, mudah saja nak bagi mampuih semua siput babi ni, katok bagi mapuih. Lepaih tu jangan dok pi tauk dalam lungguk api (neraka); tapi pi letak kelilin dekat pokok cabai tu, jadi baja. Pokok cabai tu subuq, daun jadi cekang, buah pun makan jadi pedaih bedengung. silap-silap hari bulan, tangan pun pedih sebab picit cabai buat sambai belacan atau garam belacan. Hmm... mula la teringat buah pelam sala belakang rumah. Terliuq aku!

Tapi lani, mak aku kata, kita tak yah buat pagaq - jenuh pulak dok pi cari kayu, cacak kelilin pasu - tapi la ni kena kerap sikit tengok, juruih ayaq selalu, dan bubuh baja bagi subuq. Lama-lama pokok cabai pun beranak dan tumbuh banyak. Buah cabai pun keluaq banyak. Jadi siput babi pun tak leh nak makan dan tak leh nak masuk. Padan muka dia! Ya la, tak semapt nak ghabat, kena katok bagi mampuih!

Tapi ada pokok cabai yang tak tahan daulat, mati tengah jalan. Sebab apa? Siput babi tu pandai, curi-curi makan. Manusia, kadang-kadang terlepas pandang! terlepas juga sekoq (boleh jadi 5,6 ekoq, hehehe!).

Bukan apa, mak aku kata kena tengok kerap sikit dan bubuh baja selalu. Kalau menjadi, boleh la juai dekat nat depan rumah; nat Jumaat. Kalau boleh nak jual yang bagus dan pedaih. Lagi pedaih lagi sedap.

Tapi mau kata siput babi, hmmm...jadi babi sampai anak cuculah!

HARAM JADAH BETOI!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home