Monday, October 10, 2005

nida*...gadis gunung!

Pertama menjejak kaki ke sini, aku disambut dengan karbon monoksida dan bau hangit air kencing manusia. Aku lihat bekas-bekas air kencing dari dinding-dinding retak stesen bas. Kotor, berhabuk, busuk dan meloyakan.

Aku (juga) disambut dengan penuh hangat oleh gadis gunung. Gadis gunung, orangnya lembut, berbudi bahasa, sopan, cantik, putih, berambut perang dan bergaya seperti 'anak mama' di lereng-lereng gunung Merapi di Indonesia. Aku percaya, gadis gunung begitu sifatnya. Gadisnya bertudung litup, dan stylo. Dan di sini jugalah (pertama kali) aku melihat gadis-gadis bertudung bulat, labuh dan menutupi 'gunung-gunung' mereka. Cukup sopan!

Gadis gunung ini menerima rembesan gaya terkini dari Spain, menjadikan mereka berbeza daripada gadis Rabat mahupun Casablanca. Suasana dan cuaca membentuk ia begitu. Kawasan yang berbukit, sejuk dan jauh dari kesibukan bandar. Itulah teori Ibn Khaldun. Lihatlah sahaja, ketika mereka berbicara, sesejuk bayu Laut Mediterinean, cukup sopan dan berhemah.

Gejolak dan bisikan itulah yang menyebabkan aku kepingin ke sini. Itulah dia, nida...gadis Tetouan!

--------
*bermaksud bisikan atau panggilan. Ia tidak ada kena-mengena dengan manusia lain, sama ada doktor pelatih, ustazah, penyair, naqibah usrah dan lain-lain. Ia juga diadaptasi dari surah Maryam, ayat 3. Ejaannya dimulai dengan huruf kecil (n)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home