Saturday, October 22, 2005

Dia anak mama?

Betul kataku, dia anak mama! Tidak pernah berpisah dengan mama, walaupun seinci. Di sini, perempuan cantik, sopan, pemalu dan lemah lembut akan berjalan bersama dengan ibunya (kalau tidak dengan bapa+baba), mengekor dari belakang. Dengan ibu, tiada rahsia. Perempuan baik di sini, itulah ukurannya (kalau betul?).

"Malam ini tiada 'ayam'! Perempuan liar selalu keluar malam, dan awal pagi pulangnya! " ...dan ayam pulang pagi". Berjalan ala-ala catwalk, dengan wajah penuh kusam, masam dan rambut blonde panjang yang tak terurus. Berpakaian seksi, ketat, sendat dan menampakkan 'sisi-sisi syurga' dari tubuh mereka. Itulah ukuran perempuan liar di sini (kalau betul?).

Tapi bagaimana kalau anak mama itu berjubah, bertudung litup, menutup aurat, lepasan pengajian Islam , tetapi bermalam bersama-sama lelaki, di rumah (bilik) kosong dipinggir bandar. Apa lagi kalau bukan melepaskan air mani dari tulang sulbi mereka. Dengan harapan, "..malam ini tiada JAIS atau JAWI mengganggu kami!" Apakah kita mahu menyatakan perempuan gadis baik (kalau mahu?).

- "Eh, dia berjubah, belajar di al-Azhar, dia tahu hukum hakam agama, takkan dia buat macam tu kot?"
+ "Yelah, dia buat macam tu" jawapku

Jadi, jadah apa kalau perempuan yang (dianggap) 'baik', melakukan seperti perempuan 'liar'. Jadah apa, perempuan yang tidak pernah bertudung, dianggap sebagai 'liar' sedangkan, setiap hari dia berbuat baik dengan ibunya, mengaji Quran, berjalan bersama ibunya, tidak pernah keluar malam, selain dengan ibu atau 'baba'nya?

Lalu aku mencari ukuran kebaikan dan kejahatan manusia itu? Wahai Tuhan, tolong aku! Duhai, anak mama bantulah aku!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home