Wednesday, April 26, 2006

Tok Mat

Dia ni special. Kawan aku masa sama-sama belajar art and theater di University of Federal Hill. Sekarang dia dah besar. Dah setahun aku tak tengok dia. "Tok Mat, aku rindu dekat hang!ยจ. Dulu masa kami belajar, dialah paling depan. Ingat lagi masa dia di Kuala Lumpur, aku panggil balik Perlis, join kursus teater. Masa itulah kami bergelumang dengan dunia ini sampai tidur pun tak cukup. Tak dak duit, tapi nak buat jugak. Tak balik modal, hanya RM 85 saja yang dapat dalam masa dua bulan. Tak pa lah, nak lawan Dr M, BN dan PAS sekaligus. Yelah, anak muda katakan! Sejarah ini kami ingat sampai bila-bila. Di Kuala Lumpur, oleh kerana minat, hujan pun dia tempuh dan redah. Dia mengasaskan grup Republik Cinta (dulu Kosong). Aku harap dia masih berminat lagi dengan grup ni, walaupun katanya, "aku dah tua!."

Aku masih lagi berharap agar skrip aku dipentaskan. Kalau tak ada, sebar-sebarkanlah skrip tu. Call Elias, Cik Wan atau Yanti atau Fakri untuk sit down balik. Aku tak balik dalam tempoh yang lama. nak belajar juga mengarah la ni. Aku belajar secara tidak langsung, bidang pengarahan. Ada juga undangan buat teater di sini, tapi diorang tak nak bagi duit, penat la kalau macam tu! Bukan saja teater tapi filem pun ada banyak dekat sini. Aku yakin filem di Malaysia jauh ketinggalan dari Morocco, sebab pengarah muda di sini banyak dan boleh dikatakan telah cipta nama di peringkat antarabangsa dan di Europe. Aku ambil juga pendedahan ini kerana, aku nak lobi Republik Cinta (terutamanya) dan KsJT di peringkat antarabangsa.

Tok Mat, kawan-kawan Perlis jangan lupa. Counter balik. Jangan biar! Cari orang baru. Takkan nak harap Sanggar saja. Aku tahu ia tak pi ke mana, tapi jangan ikut arus tu. Bagi grup kita establish dulu. Takkan kena 'ban' lagi kot?

Tok mat, aku masih lagi bermasalah dalam 'framing'. Dan aku sikit-sikit mengatasinya!

Dan Tok Mat, aku rindu dekat hang!