Thursday, September 29, 2005

Laa Bas!, Khidir! dan 'Shinoua'?

Aku bukan terlepas bas ( La.. Bas!). Atau terkejut dengan kedatangan 'nabi' Khidir di depan! Tapi ia adalah kata-kata sapaan.

Di sini aku mengaku jadi 'kafir' (hahaha) - 'Shinoua'- aku dah jadi orang Cina! Orang Arab kat sini, jumpa sahaja orang asing pasti akan digelar Orang Cina!

Kata-kata sapaan di atas mengingati aku kepada seorang gadis Arab. Cantik, putih dan gebu!Aku akan ingat sampai bila-bila! Terima kasih 'Ain!

Friday, September 23, 2005

Kenitra,memang cool!

Dua hari lepas, aku di Kenitra. Aku naik train! Macam naik komuterlah, tapi satu stesen ke satu stesen memang jauh, tambang pun mak oooi! boleh tahan DH 13.50 (RM 7.50). Kat sini memang mahal. Kena pandai berjimat.

Di sana, ya, memang cool! tidak di sini, tegang, macet dan kotor. Kat sana (Kenitra) tak ada rumah setinggan. Kat Rabat ni, sepanjang jalan ke bandar, penuh dengan rumah setinggan (lebih teruk daripada Kg Abdullah Hukum). Atap zink(ayan) tak dipaku dengan kemas. Taufan Katrina datang, memang hancur. Mereka cuma letakkan batu besar menindih daripada zink itu ditiup angin.

Apa yang menarik pada setinggan ni, setiap rumah mesti dipasang dengan parabola (ketawa). Kalau di Malaysia, memang kena 'banned'. Dah la besar, lebih 700 channel boleh tengok tanpa henti, tanpa batas dan tanpa censor! Wow, menarik dan "menegangkan"!

Udara sejuk, aku hidup betul-betul dengan bayu dari laut Atlantik. Dingin sampai ke tulang. Mandi hanya sekali sehari. Itu belum masuk musim sejuk, sehari sekali pun payah.

Di Kenitra, aku ke Qubazat (macam Jalan Petaling Street). Kat sini kena hati-hati, pencopet banyak. Bising, tegang, risau, takut dengan keadaan sekeliling! Semua orang tengok aku. Yelah, alien! hehehe. Barang dekat sini semua mahal, selimut paling tebal DH 360. Boleh kurangkan, tapĂ® kena pandai tawar, aku belum dapat skil tu lagi (ketawa!).

Wayang dekat sini hampeh! Troy masih ditayangkan. Sedangkan Malaysia dah lepas. Filem-filem baru lambat masuk. Nak beli DVD kena beli dekat 'Suk Qadim' (Pasar Malam di Kota Lama). Tentunya pirate!. Aku kecewa. Cukup kecewa. Dan aku juga dapat 'detact' panggung teater di Rabat. Bulan depan ada dua show.

Pelajar dekat sini baik, cuma aku tak tahu dari segi penguasaan dan kedalaman ilmu mereka. Kalau dilihat dari susunan buku, memang hebat. Ada buku yang tak pernah aku pegang. Tambah lagi pelajar-pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (first class!). Sebab buku tu memang tak ada dekat Malaysia. Dengan kata lain, aku meragui profesor-profesor (kangkung!) dekat Malaysia. Hahaha!

Aku mengambil langkah tunggu dan lihat (lagi). Banyak perkara yang harus difikirkan. Atau aku harus menelaah kembali buku Patah Balek, untuk mengurangkan rasa keresahan dan ketakutan aku!

Thursday, September 15, 2005

hari terakhir di Malaysia

Hari ini, adalah terakhir aku di Malaysia. Aku meneruskan cita-cita aku melanjutkan pelajaran ke Morocco. Morocco adalah lambang keresahan aku. Hampir sembilan (9) tahun, usaha aku termakbul jua. Alhamdulillah! Aku tukar dua kali tempat kerja, puluhan ringgit keluar 'mengalir', hingga aku demam-demam untuk merealisasikan cita-cita aku ini. Tak lama aku di Morocco. Tiga tahun. Sambung Master (MA) dalam bidang pengajian hadis dan sosiologi.

Kawan aku, seekor 'syaitan' dari Pauh kata, "duduk lama-lama sikit kat sana, nanti aku pi kat hang". Kata-kata itu disambut dengan riuh rendah ketawa! Huh, macam tu lah kami bergurau! Kadang-kadang, kami bergurau, sampai masuk ke alam tuhan, malaikat, syurga, neraka, nabi-nabi, wali-wali. Sampai kawan-kawan pun pening dengan telatah kami.'Syaitan' itu, paling rapat dengan aku. Dari sekolah menengah lagi kami berkawan. Terima Kasih 'Syaitan Pauh'.

Aku sengaja pilih jalan ini kerana aku nak lari dari kebiasaan orang. Orang kata, kenapa tak pergi ke Mesir atau Jordan. Ya, itulah jawapan aku, lari dari kebiasaan. Jalan untuk menuju Morocco ini terlalu perit. Tak sanggup aku nak ceritakan! Terlalu panjang. Aku ada menulis sedikit catatan cerita keperitan ini dalam diari harianku.