Monday, November 14, 2005

Mai sebatang!

[Jangan bagitau orang, biar diorang tahu sendiri!]

Kerna rokok sebatang aku 'diugut' agar tidak membocorkan 'rahsia' peringkat tertinggi. Hahaha! aku ketawa sendirian. Merokok di sini (bagi pelajar Malaysia), suatu keaiban. Apatah lagi bila dilakukan oleh orang di peringkat pimpinan pelajar. Kata mereka, "...jatuh thiqoh!"

" Aku social smoker, sebatang dua sahaja aku hisap," jawap aku mudah. Jawapan aku menyebabkan mereka terkejut, ralat dan salah tafsir tentang aku. Aku hanya senyum sendirian. Biarkan!

Waktu-waktu begini memang sedap merokok, sebab sudah memasuki musim sejuk. Sambil mencari ide-ide, berfikir, jiwang-jiwangan, berdiskusi atau menghirup kopi pekat di maqha (kedai kopi). Teringat aku akan kawan-kawan di Telawi.

Anekdot ini berlaku setelah membaca artikel pencerahan dari Lutfi Assyaukani, - Ibn Rushd, Kant dan Pencerahan- "di sini masih lagi gelap!" Lantas aku cerahkan "di sini" dengan mencicip sebatang rokok tanda kepuasan. Ya, aku puas! Fullstop!

Thursday, November 10, 2005

Bekerja di Istana Raja

Minggu depan, hari Isnin, aku bekerja di Istana Raja. Fulltime! Memohon kerja di situ memeritkan. Neraka!

Dalam sejarah, khadam istana kerap melahirkan pencacai yang cuba menipu sejarah. Ya, aku takut menjadi pencacai dan penipu sejarah! Ya, takut!

Tapi banyak juga dikalangan khadam istana, cuba bersikap adil; kebenaran harus ditegakkan, dijelaskan. Kerap kali juga mereka diganggu gugat malah diugut bunh, disingkirkan dari istana. Lalu aku apa? Bersikap seperti khadam yang lain atau aku harus bersikap independent?

Tuhan, aku berserah kepadamu segala urusanku, dan permudahkanlah urusanku, amin!

Thursday, November 03, 2005

Lailatul Qadar = Happy Valentine Day?(3)

[Lailatul Qadr Khairun min Alfisyah] - al-Qadr, ayat 3
[Laila sayang abang!] - Dari Damascus ke Gang Madu Sari
[...kerna aku ingin kamu, itu sahaja!] - A2DC


Hidup tapi dicurigai, memeritkan. Betullah kata Soe Hok Gie, orang yang merdeka adalah orang yang sunyi, sepi dan menyakitkan. Marquez pun begitu. Lantas aku memetik kata-kata Mas Chairil,"... bukan nasibku membagi nasib, tapi nasib adalah kesunyian masing-masing."

***

[...berjalan-jalan dengan kekasih dipinggir kota, ditangan kekasih, sejambak bunya mawar hadiah pemberian sang arjuna. Berjalan-jalan sambil bergurau senda, kehangatan 'dosa' dapat dirasai melalui peluh yang keluar dari celah-celah jari jemari, lalu sang kekasih berkata, "Laila sayang abang." Sang arjuna hanya diam dan menyepi.]


***
Malam itu, malam Lailatul Qadar. Malam termakbulnya doa dan harapan. Malam 'kekasih' untuk 'kekasih'. Laila, aku ingin kamu, itu sahaja ... dan aku bukanlah orang untuk kau curigai.


Selamat Menyambuit Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin