Friday, October 28, 2005

Lailatul Qadar = Happy Valentine Day?

"Sunyi dan gelap, terlantar dalam telanjang,
dipintu rindu, hidup dan mati,
(K)au disisiku.
[Lirik lagu 'Rendang Tak Berbuah', nyanyian Hattan]
Sewaktu sujud menyembah Tuhan, pada malam 27.10.2005, dengan penuh harapan aku berdoa agar kesunyian ini dapat dijauhkan buat selama-lamanya. Malam itu, bagi aku, adalah malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Maka, seluruh doa, hajat dan harapan ditunaikan oleh Rabbul Jalil.
Malam itu juga, telah mencuat satu kata-kata sinis buat aku. "Ustaz* Rahim mencurigakan." Kata-kata itu tidak diucapkan di hadapan aku, tapi di depan temanku. Aku ketawa! Kenyataan aku, "Lailatul Qadar = Happy Valentine Day," mengundang reaksi spontan dan kata-kata sinis kawan-kawan lain. Lalu aku dicop seorang yang mencurigakan (dan mungkin hingga hari-hari berikutnya). Ya, aku senyum dan ketawa!
Kata-kata itu terbit hanya kerana diri ini rasa kesunyian. Itu sahaja!
"Tuhan, temanlah aku. Aku kesunyian! [bersambung...]
----------
* Di sini orang memanggil aku "Ustaz", walaupun aku sedaya mungkin menepisnya! (ketawa)

Wednesday, October 26, 2005

Dia anak mama?(2)

Sewaktu aku tak ada idea untuk meneruskan cerpen aku, 'Dia anak mama' (hampir dua bulan tertangguh), aku mengalih pandangan untuk meneliti hadis dari kitab 'Nail al-Autar', karangan Imam al-Syaukani(w 1255H), bab kahwin dan bab hak suami-isteri.

Terlalu asyik dengan membaca hadis dan sanad-sanadnya, terlupa aku bahawa sudah masuk waktu bersahur. Banyak juga aku lontarkan persoalan-persoalan terkini kepada pelajar lain sebagai bahan perbincangan, antaranya persoalan 'dating', persoalan minta izin dan persetujuan awek-balak (kalau tak, takut-takut cemburu pulak), persoalan menentukan perempuan-anak dara atau janda, dan juga beberapa tafsiran mengenai perkataan 'nida' (bukan huruf besar N) dalam surah Maryam ayat 3.

"Hmmm...jadi ustaz la aku! Kerap kali persoalan ini datang dalam benak. Belajar agama+pengajian Islam kena jadi ustaz ka?"

Beberapa hari lagi pendaftaran untuk pelajar Master di Dar al-Hadith al-Hassania akan bermula. Penat juga berurusan dengan arab ni. Menyakitkan hati!

Kata seorang sahabat, "Selamat berjihad!", menyejukkan hati.

Terima kasih. :)

Saturday, October 22, 2005

Dia anak mama?

Betul kataku, dia anak mama! Tidak pernah berpisah dengan mama, walaupun seinci. Di sini, perempuan cantik, sopan, pemalu dan lemah lembut akan berjalan bersama dengan ibunya (kalau tidak dengan bapa+baba), mengekor dari belakang. Dengan ibu, tiada rahsia. Perempuan baik di sini, itulah ukurannya (kalau betul?).

"Malam ini tiada 'ayam'! Perempuan liar selalu keluar malam, dan awal pagi pulangnya! " ...dan ayam pulang pagi". Berjalan ala-ala catwalk, dengan wajah penuh kusam, masam dan rambut blonde panjang yang tak terurus. Berpakaian seksi, ketat, sendat dan menampakkan 'sisi-sisi syurga' dari tubuh mereka. Itulah ukuran perempuan liar di sini (kalau betul?).

Tapi bagaimana kalau anak mama itu berjubah, bertudung litup, menutup aurat, lepasan pengajian Islam , tetapi bermalam bersama-sama lelaki, di rumah (bilik) kosong dipinggir bandar. Apa lagi kalau bukan melepaskan air mani dari tulang sulbi mereka. Dengan harapan, "..malam ini tiada JAIS atau JAWI mengganggu kami!" Apakah kita mahu menyatakan perempuan gadis baik (kalau mahu?).

- "Eh, dia berjubah, belajar di al-Azhar, dia tahu hukum hakam agama, takkan dia buat macam tu kot?"
+ "Yelah, dia buat macam tu" jawapku

Jadi, jadah apa kalau perempuan yang (dianggap) 'baik', melakukan seperti perempuan 'liar'. Jadah apa, perempuan yang tidak pernah bertudung, dianggap sebagai 'liar' sedangkan, setiap hari dia berbuat baik dengan ibunya, mengaji Quran, berjalan bersama ibunya, tidak pernah keluar malam, selain dengan ibu atau 'baba'nya?

Lalu aku mencari ukuran kebaikan dan kejahatan manusia itu? Wahai Tuhan, tolong aku! Duhai, anak mama bantulah aku!

Monday, October 17, 2005

Setelah sepurnama...

Pertama, aku merindui bonda, kampung dan teman-teman di Malaysia. Dua, di sini tiada Jalan Telawi. Aku melalui malamku di rumah. Aku sunyi. Tiada kawan-kawan lepak, kalau ada cuma sekejap saja. Malam sejuk. Memang tak tahan, itu sebab kena duduk dekat rumah. Di rumah, mengadap dinding-dinding batu, selimut setebal 3 lapis dan secawan teh. Tiga, buku 'Gie' masih belum habis di baca. Terima kasih Nida! Empat, Tok Mat dekat sini nak buat filem, memang klass! Aku tengah survey kot-kot ada tempat belajar buat filem, sebab mengaji dekat sini free! View memang best! Lima, betul, realiti dan apa yang kita fikirkan, tak sama! Aku bingung! Kadang-kadang aku ketawa! Dan mengharungi hari-hari dengan menulis, memerhati dan berfikir!

Saturday, October 15, 2005

Biarku kucup ubunmu (1)

Gadis gunung
Biarku kucup ubunmu
Moga kasih kita bertaut kembali

Ingatkah kau, malam itu
kita bersama, bersatu menjadi sepasang
merpati?
Kucup panas bibirmu
Lembut, resah, gelisah menyelubungi
Seghairah Zulaikha pada kasih Yusouf

Gadis gunung
mariku kucup ubunmu
Seghairah kasih Romeo dan Juliet
Sehangat cinta Fatimah pada Ali
Seghairah Marc Anthony-Cleopatra
"Setinggi gunung Uhud"

Rahim Sabri
11 Oktober 2005
Tetouan, Morocco

Biarku kucup ubunmu (2)

Fennida, gadis gunung
Sanggulmu itu, lepaskan
Biarku kucup ubun-ubunmu
aku ingin bersetubuh denganmu
Cuma kali ini sahaja?
Please!

Rahim Sabri
12 Oktober 2005
Tetouan, Morocco

Monday, October 10, 2005

nida*...gadis gunung!

Pertama menjejak kaki ke sini, aku disambut dengan karbon monoksida dan bau hangit air kencing manusia. Aku lihat bekas-bekas air kencing dari dinding-dinding retak stesen bas. Kotor, berhabuk, busuk dan meloyakan.

Aku (juga) disambut dengan penuh hangat oleh gadis gunung. Gadis gunung, orangnya lembut, berbudi bahasa, sopan, cantik, putih, berambut perang dan bergaya seperti 'anak mama' di lereng-lereng gunung Merapi di Indonesia. Aku percaya, gadis gunung begitu sifatnya. Gadisnya bertudung litup, dan stylo. Dan di sini jugalah (pertama kali) aku melihat gadis-gadis bertudung bulat, labuh dan menutupi 'gunung-gunung' mereka. Cukup sopan!

Gadis gunung ini menerima rembesan gaya terkini dari Spain, menjadikan mereka berbeza daripada gadis Rabat mahupun Casablanca. Suasana dan cuaca membentuk ia begitu. Kawasan yang berbukit, sejuk dan jauh dari kesibukan bandar. Itulah teori Ibn Khaldun. Lihatlah sahaja, ketika mereka berbicara, sesejuk bayu Laut Mediterinean, cukup sopan dan berhemah.

Gejolak dan bisikan itulah yang menyebabkan aku kepingin ke sini. Itulah dia, nida...gadis Tetouan!

--------
*bermaksud bisikan atau panggilan. Ia tidak ada kena-mengena dengan manusia lain, sama ada doktor pelatih, ustazah, penyair, naqibah usrah dan lain-lain. Ia juga diadaptasi dari surah Maryam, ayat 3. Ejaannya dimulai dengan huruf kecil (n)

Friday, October 07, 2005

...dan Tuhan bersama-sama mereka!

Di Casablanca, aku melihat satu rumah Tuhan. Cukup indah dan cukup cantik. Di sebalik kecantikan dan keindahan itu, aku melihat puluhan pasangan ber'istimta' di sebalik tembok luar rumah Tuhan. Kata mereka, "Tuhan ada dalam rumah, tiada di luar"! Aku hanya ketawa sendirian.

Bagi mereka, memasuki rumah Tuhan, tak dapat menyelesaikan seribu masalah yang mereka hadapi. Hanya mereka sahaja yang tahu masalah mereka. Lalu aku tinggalkan mereka, dengan Tuhan-tuhan mereka. "Biarkanlah, hahaha"!